Friday, March 16, 2012

:: Kelantan Seindah Namamu ::

Pandangan mata tak pernah menipu, pandangan hati merasai bertapa indahnya negeri ini. Keredupan, ketenangan dan keindahan negerinya membuat aku terpegun. Aku seperti berada di Mekah, negeri yang kaya dengan pengisian ilmu dan jugak ceramah-ceramah agama. Dihuni oleh kebanyakan kelompok melayu Islam. Kedatanganku membawa niat untuk mengisi diri dengan pengisian yang bermanfaat untuk rohaniku yang dahagakan ilmu Allah. Semuanya dapat aku rasa melalui puisi ini.

Di karang oleh Oki Setiana Dewi sewaktu berada di Kelantan. Dia sendiri merasakan dan menyaksikan keindahan Negeri Kelantan ini. Semoga aku berkesempatan lagi untuk ke sana. InsyaAllah.



Thursday, March 1, 2012

:: Delisa sayang Ummi kerana Allah ::

Penghasilan filem yang berkualiti seiring manfaat yang dapat diambil dan kesan yang ditinggalkan amat penting. Memang tidak banyak karya-karya yang dihasilkan untuk mendidik penonton untuk mencintai Allah Pencipta Teragong juga mempelajari solat sebagai cara untuk kita bersyukur.

Sekali lagi aku memang teruja mahu menonton karya bercorak Islam yang dihasilkan oleh sutradara dari Indonesia. Sebagaimana hati terus terpahat dan terkesan pada cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih’. Perjuangan dakwah yang memerlukan usaha yang berterusan dan tidak mengenal putus asa.

Hafalan Shalat Delisa cerita yang sarat dengan pesanan dan pengajaran untuk diambil dan dihayati. Delisa masih terlalu muda untuk menghadapi ujian yang sangat besar. Kehilangan orang-orang yang tersayang, ibu, kakak serta sahabat karib dalam sekelip mata dalam kejadian tsunami – musibah terbesar mengubah keseluruhan hidupnya. Namun Allah berikan dia kekuatan yang luar biasa. Hafalan Shalat Delisa meninggalkan banyak pengajaran untuk kita fikirkan,

1. Kasih seorang anak mencintai dan menyayangi ummi dan abinya kerana Allah. Bagaimana seorang anak selepas solatnya memeluk ibunya sambil berkata, ‘Ummi, Delisa sayang Ummi kerana Allah.’

2. Setiap perkara ibadat ataupun perkara-perkara baik yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah bukan mengharapkan hadiah atau balasan.

3. Bagaimana untuk kita mengikhlaskan setiap apa yang telah Allah tentukan buat kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Bukan hanya ketentuan dalam soal kebaikan tetapi juga ketentuan yang berupa musibah dan ujian dari Allah.

4. Amat kurang ibu bapa yang mendidik dan mengajar anaknya untuk bersolat. Malah tidak ramai ibu bapa yang memberikan sokong kepada anak-anak untuk mencintai dan mengenal Allah melalui solat. Bagaimana solat itu dapat mengajar anak-anak berfikir kenapa mereka bersolat? Untuk siapa mereka bersolat? Dan untuk apa mereka bersolat?

5. Bertapa besarnya kasih seorang ibu kepada anaknya. Mendidik dengan penuh rasa lemah lembut dan perhatian kepada perasaan anak-anaknya. Memujuk dan menggunakan ucapan yang paling lembut untuk menjaga hati mereka. Bertapa penting asuhan dan didikan dalam suasana yang penuh belaian kasih sayang dan didikan agama supaya terlahirnya anak-anak yang dapat berfikir dan memahami hikmah di sebalik setiap rencana dalam kehidupan.