"SEBAIK selesai pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1991, saya menyertai UMNO dengan semangat melakukan perubahan ke arah kebaikan di samping meneruskan cita-cita besar bapa-bapa pengasas negara ini (the founding fathers). Saya dipecat dari UMNO pada tahun 1998 kerana lantang mengkritik presiden parti pada masa itu.
Semalam, saya menyatakan hasrat secara rasmi untuk kembali menyertai UMNO di hadapan Presiden Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan niat yang sama iaitu - melakukan perubahan ke arah kebaikan, mempertahan dan meneruskan cita-cita serta pengorbanan besar bapa-bapa pengasas negara ini.
Sepanjang 10 tahun saya melalui liku perjuangan yang getir, pelajaran paling berharga bagi saya dalam tempoh tersebut adalah terbitnya keyakinan di hati bahawa kemelut masyarakat dan negara ketika ini berpunca daripada persoalan rasuah dan penyelewengan. Ini juga sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang kebetulan saya membacanya tatkala di penjara, "Setiap ummat ada cabarannya dan cabaran bagi ummatku adalah harta". (riwayat muslim)
Dan berdasarkan keyakinan itu, saya mengorbankan segenap jiwa dan tenaga untuk mengajak pemimpin dan masyarakat menghadapi cabaran utama kita hari ini iaitu membanteras rasuah."
Dan berdasarkan keyakinan itu, saya mengorbankan segenap jiwa dan tenaga untuk mengajak pemimpin dan masyarakat menghadapi cabaran utama kita hari ini iaitu membanteras rasuah."
*Dipetik dari kata-kata Ezam Mohamad Nor kepada KLpos
"SEBELUM ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.
Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu. Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau."
*Kenyataan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim
~Begitulah adat resam perjuangan politik, seseorang itu tidak akan pernah kekal di dalam sesebuah parti. Keadaan bisa mengubah ketaatan seseorang sama ada untuk parti ataupun untuk seseorang individu.~