Aku selalu teruja apabila melihat wajahnya menghiasi majalah-majalah atau apa jua program yang melibatkannya. Mungkin kerana terlalu meminatinya membuatkan aku seperti tidak keruan. Perkembangan dirinya aku ikuti melalui pembacaan di majalah-majalah. Perwatakan yang lembut, tutur kata yang sopan dan kecerdikan yang diwarisi amat aku kagumi. Melihat kepada publisiti yang diberikan media kepada keluarga Anwar Ibrahim kebelakangan ini amat luar biasa. Terlalu banyak cerita mengenai mereka bermula dari penglibatan politik, keluarga dan kehidupan mereka menjadi perhatian setelah menjalani perit jerih pengalaman hitam tahun 1998 yang lalu. Kalau dilihat dulu, keluarga ini seperti di”gam” oleh pihak media terutamanya. Tekanan yang diberikan tidak pernah melunturkan semangat mereka malah mereka bangkit dari sejarah hitam itu dan membuktikan kepada semua yang mereka mampu untuk menempuh semua tudahan dan fitnah itu dengan penuh kesabaran.
Menyebut kepada nama “Nurul Izzah” siapa yang tidak mengenalinya. Gelaran “Puteri Reformasi” yang diberikan mengangkatnya ke satu perubahan yang amat besar di dalam dirinya. Beliau merupakan ‘senior’ yang pemalu, terlalu merendah diri dan antara pelajar melayu yang terpandai sewaktu zaman sekolahnya (SMK Assunta, Petaling Jaya). Beliau dikenali di sekolah sebagai anak Timbalan Perdana Mentari ketika itu. Tidak banyak yang ku tahu mengenai dirinya sewaktu di zaman sekolah walaupun kami di satu sekolah yang sama. Perwatakannya cukup berbeza dengan adiknya Nurul Nuha yang lebih menonjol didalam sukan dan kelihatan lebih berani dari kakaknya. Keberaniannya pernah mencetuskan sedikit kontrovesi dan huru-hara ketika berita penangkapan ‘papa’nya semakin meluas. Nurul Nuha pernah mengedarkan riben putih dan tag ‘Justice For Papa’ sebagai lambang dan simbol sokongannya. Kepayahannya (Nurul Izzah) untuk menyambung pengajian setelah kejadian hitam itu amat mematangkan dirinya. UNITEN merupakan satu-satunya universiti yang berani untuk menerima beliau sebagai pelajar pada ketika itu. Hanya beliau sahaja pelajar yang perlu menandatangani syarat-syarat tambahan untuk menjadi pelajar di unversiti selain daripada AUKU yang diwajibkan kepada setiap pelajar. Setelah tamat pengajian di bidang kejuruteraan, beliau melanjutkan pengajian di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat selama empat tahun.
Kini Nurul Izzah yang dulunya pemalu sudah berjaya sebagai ahli potilik yang lantang membela nasib rakyat. Kejayaan yang dikecapinya berkat dari pengalaman dan ketabahan yang dilalui serta sokongan dari keluarga dan juga suami tercinta. Kehidupannya lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata yang pertama, Raja Nur Sufiyah sebagai pelengkap dan kekuatannya.
No comments:
Post a Comment