Lenaku dikejutkan dengan sms yang memberi khabar tentang pemergian insan yang begitu tabah dalam menghadapi ujian sakit yang diberikan oleh Allah swt kepadanya. Insan tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21hb September 2008 pada jam 3.35 pagi (lihat entri bertajuk: Moga kau cepat sembuh). Selepas menerima khabar itu ingatanku terus mengimbau saat pertama kali bertemu dan berkenalan dengannya. Ingatan itu datang silih berganti. Ia membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata sehinggalah menjelang subuh. Akhirnya di bulan ramadhan yang mulia ini, Allah telah menjemputnya kembali ke rahmatullah. Allah lebih mengetahui dan menyayanginya. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-fatihah....
7 comments:
As we look deeply within, we understand our perfect balance. There is no fear of the cycle of birth, life and death. For when you stand in the present moment, you are timeless.(Rodney Yee)....
sabar banyak-banyak yea...doakan supaya dia berada bersama orang2 yg beriman...Amin
siapa ye marina?
Sahabat ku Marina,
Kita datang dari kehidupan yang abadi......
di hantar ke dunia yang sementara..
demi menghuni alam ciptaanya....
demi menghambakan diri padanya
entah esok....entah lusa...
Di bawah kasih sayangnya kita pasti
di jemput pulang semula ke kehidupan yang abadi itu....
Sahabat ku Marina,
janganlah di tangisi setiap pemergian itu ada rahmatnya....
dia hanya menguji kau pada satu erti kehilangan....
menguji kesabaran mu..mencari dimanakah kezuhudan mu dalam mencari erti kasih sayang yang maha Esa.....
Di setiap ranjau perjalananmu penuhilah dengan taqwa kerana percayalah rahmat ilahi mengiringinya.......
Sahabat ku Marina,
Jangan lah kau tangisi Permergiannya....
Entah esok,entah lusa mungkin dengan izin allah kau akan meraikan kehadiran kurniaan yang maha esa.....
Rahmatnya Luas,Rezekinya bias....
janganlah kau bersedih kerana berita - berita sedih hanya untuk orang - orang yang fasik....
kuntumkanlah senyumanmu,sabarlah....
kerana berita - berita yang gembira itu hanyalah untuk muslimat
redha dan bertaqwa....
Titipkanlah bersama pemergiannya doa moga dia akan bersemadi dengan tenang..mohonlah pada rahmat allah..moga dia berada dikalangan para syuhada......
Sahabat ku Marina,
ku tahu Mungkin pada ketika ini dada mu sedang di jerut kepiluan..
maka dapatkanlah kamar mu dan Beradu lah moga bila kau bangun keesokan hari....
Rahmat Allah akan Mengurniakan keceriaan sebuah kehadiran...
untuk menggantikan pilu pada erti kehilangan....
Wasalam.........
Salam leeslimshady..
Terima kasih di atas kata2 yang penuh hikmah itu. mudah-mudahan dia ditempatkan bersama kekasih2 Allah.
Sahabat ku Marina...
aku jua seperti mu....
telah mengalami banyak kehilangan.
kerana aku jua redha apa jua qadha & Qadarnya
Selamat hari Raya Marina....
Semoga kebahagian dan kegembiraan akan mengiringi di setiap langkah Perjuanganmu....
Dirgahayu Wahai Sahabat ku....
semoga rohnya dicucuri rahmat.
amin.
Post a Comment