Apa sebenarnya yang aku mahu
Apa sebenarnya yang aku cari
Mengapa sukar untuk aku cari jawapannya
Sebenarnya aku takut, gusar, gelisah
Mimpi semalam kembali menerjah fikiran
Memori itu silih berganti
Aku takut untuk meneruskan
Langkahku seperti tersekat
Mimpi semalam kembali menerjah fikiran
Memori itu silih berganti
Aku takut untuk meneruskan
Langkahku seperti tersekat
Aku inginkan ketenangan
Aku mahukan bulan dan matahari menerangi setiap langkahku
Wahai bulan
Sudikah kau menjadi temanku kala diri ini sepi
Sudikah kau menjadi penyeri hidupku
2 comments:
gelapkan mata untuk masa lalu,
ia sukar dipadamkan ia perit dikenang...
temanku,
teruskan semangat menempuh dan berita gembira buatmu...bulan dan bintang sentiasa menemani mu sayangku
Lihatlah ke hadapan...bulan dan bintag hanya sekadar fatamorgana...
tak mungkin bulan kan jatuh ke riba ......kau bukannya punguk...
cari lah ke bahagiaan mu....
ia terbentang di hadapan mata wahai puteri ku
Post a Comment