Wednesday, March 25, 2009

:: Rezeki dari Allah ::


Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar bakal menimang cahaya mata kedua pada awal Julai nanti. Nurul Izzah melahirkan rasa terkejut dan gembira sambil memanjatkan kesyukuran kepada Allah.

“Terkejut sebab saya memang tak jangka. Tanggungjawab sekarang berat dan pada saya, ia adalah satu anugerah daripada Allah yang memberi banyak hikmah dan keberkatan dalam usaha saya menggalas tanggungjawab baru sebagai Ahli Parlimen.

“Doktor suruh ‘slow down’ akhir Jun nanti kerana tarikh dijangka bersalin adalah awal Julai. Saya akan mengambil cuti rehat tiga bulan."

Moga kehadiran cahaya mata baru ini memberikan lebih kekuatan dan kegembiraan buat beliau dan keluarga. Semoga semangat perjuangan dapat diteruskan dalam meniti cabaran yang tidak terduga. InsyaAllah.



4 comments:

LeeSlimShady said...

Dirgahhayu buat srikandi - srikandi perjuangan melahirkan generasi pejuang bangsa yang seterusnya...

Marina Bagai mana pulak?

LeeSlimShady said...

Marina tak ingin jadi pejuang?

bela kebenaran dan keadilan.....

habuannya hanya Allah sahaja yang berikan

CITRAMAYA said...

Salam..

Hidup ini umpama medan perjuangan. Pejuangnya adalah kita sendiri. Kebenaran dan keadilan sentiasa perlu dicari dalam meniti setiap detik kehidupan..

LeeSlimShady said...

Indah sungguh tutur kata mu....
apa pulak pendirian pada perjuangan Marina pulak?