Sunday, February 7, 2010

:: Siapakah diriku? ::


“Jati diri apa yang harus aku cari?” tanyaku di tengah nafas yang hampir putus.


“Siapakah engkau?”


“Siapakah saya?”


“Siapakah dirimu di hadapan Allah Subhanahuwa Taala?”


“Saya makhluk yang diciptakan-Nya.”


“Bukan.”


“Katakan, siapakah diri saya? Siapakah saya? Jati diri apa yang harus saya cari? Ke mana hendak saya mencari? Dengan apa saya harus mencarinya? Kepada siapa saya akan menemukannya? Setelah ketemu, bagaimana dia akan menyelamatkan diri saya? Bagaimana dia akan mengembalikan kebahagian hidup saya dan keluarga saya? Siapakah saya ini? Siapa..?”


“Apa yang harus saya cari?”


“Dirimu.”


“Ya, tapi diri yang mana? Diri yang bagaimana?”


“Saya tidak tahu.”


“Walaupun saya tidak tahu, saya tahu bahawa apabila engkau telah menemukan dirimu, maka engkau akan mendapatkan kemulian dan kebahagian melebihi kemulian dan kebahagian yang pernah engkau rasakan. Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya. Barang siapa mengenal Tuhannya, maka dia tidak akan lupa terhadap dirinya sendiri. Barang siapa tidak lupa terhadap dirinya sendiri, maka dia kan berbaik-baik kepada Tuhannya, dan Tuhan akan berbaik-baik kepadanya.”


5 comments:

IKHLAS HATI said...

saya sangat setuju dengan buah pikir anda, jika ingin dikenal Tuhan maka kita harus mengenal lebih dekat siapa Tuhan kita dan apakah kita sudah berupaya menjalankan perintahNya?

CITRAMAYA said...

Benar sekali, apa yang penting mampukah kita terus berada bersamaNya dan menjalankan perintahNya. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat & redhaNya..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Awal mengenal Allah ialah mengenal diri sendiri terlebih dahulu.....

Trangiman said...

...maaf ya! kalau cara ku ini agak kasar. Apakah kamu mahu ke syurga, untuk apa. Apa kamu fikir Allah ada di situ. Katakan kamu dapat masuk syurga, lepas itu apa. Kalau kamu tak dapat ketemu Allah gimana?
Syurga itu hanya urusan kecil, ia juga makhluk ciptaan Allah, tapi makhluk yang paling mulia itu kita, insan lah yang Allah muliakan lebih dari syurga itu. Perjalana kita masih jauh, hanya satu, iaitu mahu bertemu Nya, Dia yang menciptakan kita, dari Allah kita datang maka kepada Allah lah kita akan kembali....terima kasih Allah.