Thursday, May 20, 2010

:: Saat Fikiran Buntu ::

Saat ingin mulakan bicara, idea beku. Tak tahu apa yang mahu dibicarakan di alam maya. Kepala sarat dengan banyak perkara yang menuntut penyelesaian. Tanggungjawab kerja, masa untuk bersama teman, masa untuk diri sendiri dan paling penting adalah masa untuk bersama PENCIPTA.

Di dada akhbar pelbagai berita di war-warkan. Kepincangan akhlak masyarakat melayu semakin meregut leher umat Islam. Apakah jalan dan cari penyelesaian? Bukan masa untuk menuding jari di antara satu sama lain. Bukan masa untuk menyalahkan sesiapa. Apa yang penting adalah penyelesaian yang terbaik serta pendekatan yang bijak dalam menangani "penyakit" ini. Teringat saya waktu mendengar ceramah seorang ustaz yang makin mengukir nama, Ustaz Zahazan. Beliau berkata bahawa jika "penyakit" ini tidak dibendung maka kita akan melihat ianya berlaku di tepi-tepi jalan dan lorong-lorong. Tidak ada sedikit pun perasaan malu. MASYAALLAH.

Begitu sekalikah pincangnya akhlak masyarakat kita? Mungkin kita sudah terlalu jauh dari setiap larangan Allah. Saya amat tertarik bila membaca sebuah blog yang menggunakan tulisannya sebagai wadah dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah. Tulisannya saya rasa menarik untuk dikongsi bersama pembaca yang lain. Hayatilah setiap bait tulisannya (saifulislam). Pasti ianya mengisi sedikit ruang kosong dalam meniti perjalanan yang penuh ranjau ini.

1 comment:

KF said...

salam kepada penulis budiman... setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian... penyakit yg saudari bicarakan disini... ubatnya adalah quran dan sunnah... sekiranya umat islam berpegang teguh kepada dua perkara ini... isyallah penyakit akan sembuh... mulailah menyemai ubat dlm diri kita... kemudian kepada ahli keluarga kita... kemudian teman2 sekeliling kita... dan seterus nya kepada masyarakat awam... semuanya bermula dari diri kita... insyallah...