Tuesday, April 10, 2012

:: Biar Miskin Dunia, Asal Kaya Akhirat ::

Pagi ini aku menerima email dari seorang teman yang berkongsi kisah tentang Kelantan. Memang tidak dinafikan suasana ini berlaku di Kelantan. Hatiku sangat tersentuh melihatkan gambar-gambar yang menunjukkan bertapa tawwaduk dan sederhananya seorang 'Menteri Besar'. Tiada beza antara satu manusia dengan manusia yang lain. Hanya amal-amal soleh yang akan dinilai oleh Allah s.w.t.

Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat.

Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah di bumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

Tawwaduk seorang ulamak

Islam di Kelantan

Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah

Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan

Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran

Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq. Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau

Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!



Mereka tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan. Bahkan mereka kaya ! Kaya akhirat

Terima kasih kepada penulis & photographer yang mengirim artikel & gambar ini.



Friday, April 6, 2012

:: Hidup Seindah Ujian ::


Indah hidup ku seindah ujian ku
Menerima dan menjalani semuanya
Indah dalam lindungan Mu Tuhan
Indah jua dalam rahmat Mu

Aku bahagia Engkau masih tetap ada
Di kala aku sentiasa memerlukan
Di kala aku sedih dan menangis
Mengenangkan dosa-dosa ku

Aku rindu pada mahligai Mu nan Indah
Tenang dan damai di dalamnya
Setenang tahajjud di penghujung malam
Hati ku luruh saat ayat-ayat Mu berkumandang
Bergema di seluruh sudut hati ku

Aku mahu jadi muslimah yang taat pada Mu
Aku mahu seperti Khadijah yang setia pada Rasulullah
Aku mahu jadi Fatimah yang taat pada Rasulullah ayahnya
Aku juga mahu jadi Aishah yang sangat memahami akan Rasulullah

Aku mahu jadi solehah
Aku tahu ketika aku berjalan menuju ke arah-Mu
Kau pasti berlari ke arahku
Bantulah hambamu yang tertatih-tatih ke arah-Mu