Friday, June 22, 2012

:: Tiada Duka, Seindah Syurga ::


Bukan mudah menjalani
Setiap yang sukar
Ranjaunya panjang 
Menuntut kesabaran
Dibenci malah dimaki
Oleh manusia yang punya hati
Punya anugerah tertinggi
Dinamakan akal
Tergamak mereka
Mengguris hati yang suci

Hati luruh  
Seperti gugurnya daun
Yang sudah tiba waktunya
Menyembah bumi
Walau perit menanggung derita
Pasti luka itu bisa terubat

Tidak tertanding luka
Yang ditanggung Nabi yang tercinta
Muhammad Rasulullah
Berjuang menegakkan Islam
Dalam kudrat seorang manusia
Agama didukung
Islam tersanjung

Binalah semangat
Di atas perjuangan Rasulullah
Walau dalam nafas terakhir
Kerana Islam itu
Sungguh indah
Seindah syurga yang menanti

No comments: