Thursday, February 19, 2009

:: Mata hati ::


Ku tanya hati
Ku tepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku ini
Terasa sangsi masih aku belum mengerti
Adakah aku dilanda laluan pasti

Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Apakah berita yang suci dari sempadan
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan
Bawakan doaku terus ke takhta pengakuan

Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
Bagaikan bicara mengharapkan pengertian
Moga disusun bintang yang berselerakan
Menjadi landasan laluan perjalanan

Ku tanya hati
Apakah bisa aku dikhianati
Dengan kata hati yang tidak pasti
Atau akukah yang tidak mengerti
Betapa berharganya hati yang suci


6 comments:

LeeSlimShady said...

sahabat ku...Marina

nampaknya kau banyak BERKHAYAL

LeeSlimShady said...

BERPIJAKLAH DALAM DUNIA REALITI

KAU BERCAKAP SEOLAH - OLAH BERADA DI ALAM FANTASI




http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

CITRAMAYA said...

Mungkin saudara tidak berjaya menembusi dunia fantasi saya..

LeeSlimShady said...

apakah dengan tu dapat membuatkan saya memahami jiwa halus saudari...

kalau begitu mungkin dah lama saya bertanya apakah ada ruang lagi di hati saudari untuk saya tumpang beradu

LeeSlimShady said...

MINTA JASA MARINA AGAR DAPATLAH KIRANYA BERTANDANG BLOG INI KERANA ADA SIKIT PEMBERITAHUAN

http://federationofbloggers.blogspot.com/

SEKEJAP PUN JADI LAH

LeeSlimShady said...

Wah saudari letak gambar Siti Nurhaliza....

bagaimana dengan majlis perkahwinan Marini?

ok?

Marina pergi tak?

Lee tak dapat Pergi kerana perlu uruskan sesuatu....sayang..kalau tak dapat Lee berkenalan dengan Marina....


Rasanya saya paham....tapi apakah akan terbuka hati Siti untuk menerima perjuangan Islam