Sunday, October 24, 2010

:: Bicara Allah tentang SABAR dan IKHLAS ::


Menyesali untuk kembali ke asal adalah pengharapan yang tiada kesudahan
Untuk menyusun langkah ke hadapan memerlukan seribu kekuatan

Saat kekuatan itu aku peroleh

Kaki tersadung, lalu tersungkur lagi

Aku tidak berhenti menangis

Menangisi diri yang sentiasa tewas


Berharap dan terus berharap

Sesuatu yang tiada gunanya

Aku mahu cuba dan terus mencuba

Perjalanan yang diatur

Hanya Allah yang Maha Mengetahui


Sabarlah..

Kerana Allah sedang BERBICARA denganku tentang

SABAR dan IKHLAS..

Monday, October 4, 2010

:: Bercinta sampai syurga ::

Kali pertama aku diperkenalkan kepada penulis yang hebat ini melalui sahabat yang berkongsi laman web nya denganku. Membaca setiap tulisannya di website menimbulkan rasa untuk terus membaca dan membaca. Kerana tidak mempunyai banyak masa untuk membaca di laman website nya aku terus ke kedai buku membeli buku-bukunya. Sememangnya buku ini telah memberikan kesan yang mendalam pada diri ku. Aku terusik!!



Bermain-main dengan ayah di waktu petang, memimpin tangan anak-anak memanjat papan gelungsur, adalah imaginasi kita terhadap sebuah keluarga yang ‘normal’. Tetapi hari ini, tangan itu bukan lagi tangan bapa. Ia tangan pembantu rumah, cikgu TASKA, atau bagi yang sudah sedikit remaja, tangan rakan-rakan sebaya.

Imej ayah dan ibu hari ini, adalah dua manusia yang sering tiba di rumah kepenatan, mudah marah dan hanya mampu bertanya khabar dengan acuh dan tidak acuh sahaja perihal anak-anak mereka. Corak kehidupan seperti ini sudah menjadi kebiasaan. Namun kebiasaan ini sedang memberanakkan satu generasi yang songsang. Generasi itu adalah generasi yang KESUNYIAN.





Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Luar biasa...


Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?

Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

Sunday, October 3, 2010

:: Langit tidak selalu cerah sahabat.. ::

Seorang teman ingin berkongsi sedikit kisah keluarga dan kehidupannya. Saat berkongsi cerita..


"Kenapa awak tidak menulis lagi?"


"Saya kecewa dengan hidup saya, lalu saya berhenti menulis. Di akhir penulisan saya, semuanya adalah kesedihan."



Ternyata dia kecewa dengan perjalanan kehidupannya. Apa yang membuatkan dia kecewa masih tidak jelas bagi saya. Tetapi ada kata-kata yang ingin saya kongsikan.


"Ketika berlaku kejadian yang kita rasakan begitu menekan dan membuatkan kita putus asa, percayalah kejadian itu tidak lebih dari kekuatan yang ada pada kita sebagai manusia. Yang nyata, manusia adalah ciptaan paling sempurna di antara seluruh ciptaannya. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengamati peristiwa itu dengan teliti, kerana apa yang berlaku mungkin disebabkan tindak tanduk kita sebelum ini. Maka gunakanlah mata hati untuk melihat. Bukankah Tuhan yang kita percayai adalah Tuhan langit dan bumi sebagai pencipta peristiwa alam yang dahsyat itu?


Tidak ada masalah yang terlalu besar untuk diatasi, tidak ada langkah yang terlalu panjang untuk dijalani, dan tidak ada orang yang terlalu sukar untuk dihadapi, sekiranya kita menghadapi dan menangani setiap peristiwa yang terjadi itu dengan hati yang bersih dan fikiran yang tenang."


:: Selamat meneruskan kehidupan ::


Salam semua,


Sepertimana berlalunya ramadhan, begitu juga berlalunya syawal. Pasti tersimpan terlalu banyak saat-saat manis sepanjang melaluinya. Terlalu lama saya meninggalkan penulisan di blog ini. Saat ingin mula menulis, idea menjadi tepu dan beku seperti ais batu. Selalu terfikir apakah yang ingin dikongsikan bersama pembaca di blog ini.

Ramadhan adalah waktu paling indah dan tenang bagi saya. Walaupun badan keletihan atas tuntutan kerja tapi, kepuasaan sangat dirasai. Masa terlalu singkat. Segalanya terlalu padat sepanjang bulan puasa. Alhamdulillah, syukur pada Allah kesihatan baik diberikan buat saya. Walaupun emak & ayah berada jauh, saya tetap bersyukur atas apa yang saya ada sekarang. Menghargai itu mamberikan saya kepuasaan yang tidak terhingga.

Menyambut syawal di kampung tentunya membawa kebahagian buat semua insan yang masih mempunyai keluarga dan juga ibu/bapa, tidak terkecuali saya. Sekali lagi rasa syukur & menghargai apa yang ada menuntun rasa. Moga setiap masa-masa yang berharga ini akan menjadi penawar dan persedian buat saya menanti kehilangan. Kerana segalanya milik Allah.

Selamat meneruskan kehidupan..