Thursday, December 9, 2010

:: Melayu oh Melayu ::

Aku Budak Melayu?

Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Budak Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Budak Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Budak Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Budak Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu - MELAYU BARU!

Melayu baru... ??
pakai baju kurung kata panas gitu... .
tp pakai ketat,wow seksi... ... uu... .
tak ingat kubur kata... yuhuu... .
yang penting tetap maintain gitu... .

Melayu baru...
rambut biru,mata pun biru... .
terserempak tak macam melayu... .
boleh diraba,dicium dan gitu-gitu... .
Alahai...
org yg melihat naik berbulu... .

melayu baru..?
sedarlah sikit i said to youu...
bkn mat salih pun, tetapi orang melayuu... .
Don't say "i dont know what else to do!"
saja nak bg alasan buat2 tak tahu... lah tuu

AKU MELAYU BUKAN HINDUSTAN
MELAYU BARU ISLAM DIJULANG
MELAYU ISLAM MENUJU WAWASAN
WAWASAN CEMERLANG,GEMILANG, TERBILANG

1 comment:

BiruMataHitamKu said...

Aku pun budak melayu
Terlebih dulu salam . . . buat mu

Tercuit hati, tergeletek minda bila baca puisi itu
Mula mula peduli apa aku
Kemudian terasa juga nak ngending kalu . .
Tumpang, tokok tambah mana yang perlu,

Bagus lah bila sedar siapa diri mu
Aku yakin. . memang kau budak melayu
Pandang mu . . citarasa dan semangat mu
Memang tak pun macam mereka tu,

Harap teruskan lah begitu . . .
Sebab yang di depan , kita tak tahu
Yang pasti kita memang anak melayu

Melayu baru . . bukan melayu yang keliru
Dua tuntutan perlu kita satu
Darah yang merah lahir bangsa mu
Islam, cara hidup jalan nak dituju

Darah melayu dah tak boleh nak tipu
Macamana pun tetap melayu
Tapi islam. . perkara baru
Dah di tuntut baru kita tahu
Masa lahir, putih melepak tiada merah atau biru
Salah ibu bapa lahhh.. yang kasi tahu

Bapa borek anak rintik, itu dulu. .
Sekarang bapa cerdik anak macam hantu
Takut you . . .

Islam hanya nama. .kan gitu
Keperibadian selalu bercelaru
Hari ini orang beriman tak macam dulu-dulu
Lebihkan glamor, luar nampak lembut macam baldu
Seketul hati yang didalam sape tahu
. . .ikut suka gua laa. Siapa luu. .

Kita pun tiada kuasa sebab menjadi Melayu
Tak boleh marah atau pun dendam pada mereka tuu
Cuma panjatkan doa mohon pada Allah yang satu
Kasihani lah anak bangsa Melayu
Sayangi lah mereka, berilah hidayah Mu
Agar cekal hatiku, sabar dengan dugaan bagi ku. . .
Terima Kasih Allah