Saturday, December 18, 2010

:: Allah Maha Besar ::


Pagi Jumaat yang indah barangkali.


"Maaf cik, saya selalu dengar lagu-lagu tuhan pagi-pagi."


Pertama kali berkenalan dengan seorang penganut Hindu yang punya hati yang mulia. Dia hanya seorang pemandu teksi. Tapi Allah telah kurniakan dia hati yang bersih dan suci. Walaupun berlainan agama tapi dia percaya setiap agama hanya punya 1 tuhan.


Katanya, "walaupun Islam percaya pada Allah, Kristian percaya pada Bible dan Hindu percaya pada Tuhannya, kita tetap percaya hanya pada 1 TUHAN."

Katanya lagi, "kalau u tengok dalam teksi ni ada patung Budha, saya jugak ada simpan kitab Bible. Nanti saya nak cari Al-Quran kecil untuk letak dalam teksi ni. Saya juga dengar khutbah jumaat. Khatib tu banyak bagi nasihat."

MASYAALLAH


Bayangkan dia bukan orang Islam tapi dengar khutbah jumaat. Dia bukan orang Islam tapi ada niat nak letak Al-Quran dalam kereta. Orang Islam pun tak buat macam apa yang dia buat.


Kuasa Allah!!


Moga Allah berikan dia hidayah dan bukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam.

1 comment:

trangiman said...

...maka itu marilah kita fahami apa sebenarnya yang membezakan umat islam dengan yang bukan islam, kalau ia sama sahaje,jadi apakah yang menjadikan islam itu lebih baik daripada yang lain, kalau sama juga tak perlu lahhh..dia masuk islam....