Wednesday, January 19, 2011
:: Muhasabah ::
Siapakah yang mengharapkan musibah atau bencana?
Seperti seorang penunggang kuda yang sedang memacu kudanya dengan kelajuan yang tidak seberapa. Dia berhati-hati mengendalikan larian sang kuda dengan kawalan kedua-dua belah tangannya. Tetapi dia sendiri tidak mampu mengendalikan takdir yang akan menimpanya. Dia terjatuh dari kuda yang ditunggangnya kerana telah ditakdirkan kaki sang kuda tersadung sebatang pokok yang tumbang melintangi jalan. Walaupun dia begitu berhati-hati, namun ada kemungkinan untuk dia mendapat bencana.
Samalah halnya dengan manusia biasa, walaupun mereka terlalu berhati-hati dalam menguruskan soal kehidupan, namun tidak terlepas juga ujian dan dugaan yang akan menimpa.
Tabahlah wahai hati.
Tiupkanlah kata semangat.
Pasti bisa mengharunginya..
:: Buntu ::
Saat fikiran buntu dan terganggu, masih adakah lagi sisa-sisa kalimat yang boleh aku tuliskan. Rasa seperti emosi terlalu menguasai diri. Rasionalkah semua tindakan?
Aku perlu tenang agar aku peroleh jalan untuk keluar dari kemelut ini. Hanya tinggal beberapa waktu sahaja untuk aku memutuskan segalanya.
Tapi..
Tidak perlu terburu-buru. Istikharah!
InsyaAllah, moga dipermudahkan segalanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)