Wednesday, January 19, 2011

:: Muhasabah ::


Siapakah yang mengharapkan musibah atau bencana?


Seperti seorang penunggang kuda yang sedang memacu kudanya dengan kelajuan yang tidak seberapa. Dia berhati-hati mengendalikan larian sang kuda dengan kawalan kedua-dua belah tangannya. Tetapi dia sendiri tidak mampu mengendalikan takdir yang akan menimpanya. Dia terjatuh dari kuda yang ditunggangnya kerana telah ditakdirkan kaki sang kuda tersadung sebatang pokok yang tumbang melintangi jalan. Walaupun dia begitu berhati-hati, namun ada kemungkinan untuk dia mendapat bencana.

Samalah halnya dengan manusia biasa, walaupun mereka terlalu berhati-hati dalam menguruskan soal kehidupan, namun tidak terlepas juga ujian dan dugaan yang akan menimpa.

Tabahlah wahai hati.
Tiupkanlah kata semangat.
Pasti bisa mengharunginya..

1 comment:

trangiman said...

Takdir atau Qada dan Qadar Allah itu letaknya pada keimanan yang tak perlu dilapaskan, maksud tak perlu diucapkan ( maksud percaya saje dengan sesungguh hati )kerana barang ini adalah rahsia Allah, duduknya sama dengan ayat ‘hanya Allah yang mengetahui’. Madsud disini, kalau kita lapaskan contoh, katakan sipenunggang tadi terjatuh dan kita berkata ‘itu dah takdir Allah’ disini secara halusnya kita telah mengiakan bahawa Allah itu memang nak bagi dia jatuh, Na’uzubillah…Allah tidak begitu, Allah sangat kasih dan sayangkan insan ciptaanNya dan Allah sentiasa mahukan yang terbaik buat mereka, cuma kelemahan insan itulah yang jadi punca dia jatuh.
Menyedari akan kelemahan kita manusia, maka Allah menyarankan supaya berserah dahulu ( berdoa ) kepadaNya contoh, “Ya Allah, aku nak tunggang kuda, selamatkan kami kedestinasi..atau sayangilah kami dan hindarkan dari bahaya..Terima Kasih Allah”. Bukan buat dulu baru berserah, berserah dahulu tanda kita sedar kita adalah insan ciptaanNya. Buat dulu baru berserah itu tanda orang-orang yang sombong kepada Allah maka Allah akan sombong juga kepada mereka. Ingat penutup doa ‘Terima Kasih Allah’ itu merujuk Terima Kasih kita kepada Allah yang telah menjadikan keujudan kita lebih dulu.
Apa pun kesudahannya Terima Kasih Allah kerana yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari kelemahan kita sendiri. Terima Kasih Allah adalan jalan sebenar-benar iman kepada Allah. . .Terima Kasih Allah.