Tuesday, February 15, 2011

:: Cinta Rasulullah s.a.w. ::

Untuk menyayangi dan mencintai seseorang, seseorang itu perlu mengenal sifat2 yang ada pada orang itu. Rasa kasih dan cinta akan lebih membuatkan kita menghargai sifat yang ada padanya.

Rasulullah dianugerahkan oleh Allah sifat maksum (terpelihara dari dosa) yang penuh dengan keindahan dan kesempurnaan sifat sebagai seorang rasul Allah.

  1. Rasulullah saw suka menyusir rambutnya dengan rapi dan juga menyisir janggutnya dengan rapi. Rambutnya dikatakan tidak kerinting juga tidak begitu lurus. Kadang kala Baginda panjangkan rambutnya hingga ke paraas bahu dan kadang kala setakat kedua-dua belah telinganya. Dan Baginda juga mewarnai rambutnya dengan inai.
  2. Rasulullah saw juga sentiasa memakai celak. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Ibnu Abbas r.a., katanya “Nabi saw bersabda; Bercelaklah kamu dengan batu ithmid (batu celak yang telah dijadikan serbuk), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan (melebatkan) bulu mata.”
  3. Rasulullah saw amat suka memakai minyak wangi. Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah saw bersabda; “Tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak (oleh seseorang tetamu), iaitu; bantal, minyak wangi dan susu.” – Riwayat Qutaibah bin Sa’id, dari Ibnu Abi Fudaik, dari Abdullah bin Muslim bin Jundub dari ayahnya, bersumberkan dari Ibnu Umar r.a.
  4. Warna yang menjadi kegemaran Rasulullah saw ialah warna putih dan hijau. Namun begitu Baginda juga pernah berpakaian hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur. Al Nasai dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata Rasulullah saw bersabda; ‘Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci dan baik. Gunakanlah ia sebagai kapan pembungkus jenazah orang mati.'
Di samping sifat2 keperibadian Rasulullah saw di atas, terdapat 7 sunnah Rasulullah saw yang amat bermanfaat buat kita sebagai umatnya menjadi bekal di akhirat sana:

  1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia. Sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutamanya di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  6. Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk.
  7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sumber dari iLuvIslam edisi 11 Februari – 17 Februari 2011.


Mengenang Rasulullah saw bermula dengan ingatan, diikuti dengan amalan.

SALAM MAULIDUR RASUL

5 comments:

Anonymous said...

si gedix tengah komen. cuba teka siapa? ;p

jom kita makan coklat.
hahahaha

CITRAMAYA said...

si gedix yang ni saya kenal.
jom mkn coklat @ ais krim..:)

Anonymous said...

Hahahaha.

Hari ni awk masak apa? Saya lapar.

Mcm mana awk kenal saya? Hahahah.

Jom aiskrim mcd mcm hari tu. Saya tunggu awk balik 2 minggu akan dtg.

:)

Anonymous said...

salam,
kat mana boleh beli celak ithmid di malaysia ?

thanks

Anonymous said...

Celak ithmid boleh didapati di masjid sri petaling.