Wednesday, February 29, 2012

:: Terima Kasih Sahabat, Saya Teruja! ::


Sahabat, kau selalu buat aku tersenyum dan tersentuh dengan semua kejutan yang kau adakan. Terkadang tidak pernah aku bayangkan. Membuat kejutan pada benda yang selama ini aku mahu miliki. Aku senang bila impian dan kemahuan itu tercapai.

Tidak pernah aku fikirkan aku akan memilikinya dalam waktu terdekat ini. Usaha yang ditunjukkan membuatkan aku sangat terharu. Memang saya senyum sampai telinga bila baca entri awak dan gambarnya sekali. Saya teruja sekali. Terima kasih juga pada temannya yang berusaha dan tolong membelikan buku ini untuk saya.

Terima kasih sekali lagi buat hadiah ini.

Maaf, kerana tidak dapat datang waktu itu. Tapi, tidak sabar sebenarnya untuk menerima dan membacanya. Bila mahu jumpa? Nanti saya belanja ayam goreng MCD-kegemaran awak. Boleh? Hihi.....

No comments: