Tuesday, February 14, 2012

:: Insan Baru ::

Allahhuakhbar

Subhanallah

Alhamdulillah

Segala pujian pada yang selayak-layaknya Tuhan Pencipta alam. Hanya DIA sebaik-baik Pelindung dan Pembimbing bagi hati ini. Tidak ada yang dapat menandingi kebesaran Nya dan kekuasaan Nya.

Mengenali dan menerima yang baru dalam kehidupan adalah hadiah dari yang Maha Esa buat peneman perjalanan. Sungguh besar nikmat Allah buat setiap insan. Kehadiran insan-insan baru yang baik dan beriman ini menghiasi kehidupan dan memberikan makna yang cukup besar.

Saling melengkapi akan kekurangan yang ada dan melalui detik-detik kehidupan bersama. Sesungguhnya nikmat itu menundukkan rasa sebagai hamba yang penuh dengan kekurangan. Kedatangan insan-insan baik ini sebagai penyeri dan pemanis di samping peringatan yang hidup di dunia ini perlu saling melengkapi dan memerlukan.

Semoga kehidupan anda juga diserikan dengan insan-insan baik dan bertaqwa.

Syukran Ya Allah..


1 comment:

Anonymous said...

Bersyukurlah dengan setiap Nikmat yg dikurniakan & janganlah kita "kufur nikmat" yang diberikan Allah kerana Pemberian Allah adalah sebaik2 Pemberian & bersyukur dengan Pemberian Allah adalah sebaik2 Penerimaan sebagai hambaNya.