Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar
DIA beriku kaktus berduri
Ku minta kupu-kupu
Diberi ulat berbulu
Apabila aku sedih dan kecewa
Kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik
Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya.
TUHAN tidak selalunya akan memberi apa yang kita harapkan
Tetapi DIA akan memberi apa yang kita perlukan
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka, tetapi jauh di atas sana segalanya DIA mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita.
4 comments:
salam..
bagus puisi nie...
jom turun permatang pauh..
vote for anwar ibrahim p 44...
my dear..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Salam Wardah..
Pengetahuan ku amat cetek berbanding apa yg lebih diketahui oleh Allah. Mudah-mudahan segalanya berjalan seiring dan tidak berlebih dlm membenci dan menyukai. InsyaAllah..
Duka sering mengajar kita erti benci, putus asa. Tetapi kerana duka itulah memberi kita kekuatan dan sentiasa ingin dkt kepadaNYA.
Post a Comment