Tuesday, November 20, 2012

:: Palestine (Gaza) ::


Palestine
Tanah suci lagi diberkati
Yang tinggi nilainya bagi orang-orang beriman
Disebut di surah Al-Israa
Istimewa dan berkahmu diberi oleh Allah
Dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestine
Janji Allah buat bumimu

Tandus tanahmu
Gersang akibat kebongkakan manusia
Yang tidak punya hati
Menindas, memusnah
Malah membunuh tanpa peri

Bumi suci Palestine berdarah lagi
Mengalirkan darah para syuhada
Menegakkan agama Allah
Mempertahankan maruah dan harga diri
Bukan untuk dipuji dan
Bukan juga untuk dikeji

Maafkan kami wahai saudaraku
Kerna kami kau ditindas
Kerna lemahnya kami sebagai umat Islam
Kerna bertelingkahnya kami sesama Islam
Kerna buta dan ceteknya ilmu kami tentang Islam
Kerna jauhnya kami dari Al-Quran
Maka kau dijadikan banduan di bumi sendiri
Maafkan kami Ya Allah
Atas kekhilafan kami, juga kejahilan kami

Duhai saudaraku
Jiwa-jiwa yang bersatu
Tidak akan mudah dikalahkan
Walau tenaga tidak punya kuasa
Tapi percayalah pada satu usaha
Yakni DOA

Akan kami tadah tangan kami
Akan kami kirimkan doa kami
Akan kami berikan duit ringgit kami
Demi melihat keamanan dan kemakmuran
Tertegak di bumi Palestine

Monday, November 12, 2012

:: Jilbab, kau pelindung terbaik ::


Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga itu
Banyak lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan banyak pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana buruk hatinya
Kerana kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tapi apa yang ada di dalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindui semua orang.

CANTIK
Tentu saja yang berakhlak dan menutup aurat, kerana dari akhlak yang baik akan hadir INNER BEAUTY.
Rasulullah bersabda yang ertinya “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholihah, sabar, santun, sederhana, tidak angkuh, rendah hati ”

MUSLIMAH SEJATI 
Akan menghiasi keperibadiannya dengan BUDI PEKERTI yang luhur & keimanan yang murni.

FITRAH 
Kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan & kehalusan perasaan INSANIYAH.
Jika senantiasa dijaga dengan didikan syariah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam & menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia & berdzikir.
Hatinya tunduk & patuh dengan perintah ALLAH & menjalankan kewajiban insani sesuai dengan ketentuannya. 
MUSLIMAH SEJATI bagaikan bunga yg mekar menguntum menceriakan suasana & taman-taman.


~Aku bisa seperti sekarang ini berawal dari jilbab yang mengikat di leherku. Jilbab inilah yang menyadarkan bahwa bacaan Al-Quranku masih berantakan. Dengan jilbab ini aku menyadari ilmu agamaku yang masih minim. Maka, tak ada pilihan lagi kecuali aku terus belajar mendalami Islam. Jika sudah seperti sekarang, apa itu berarti hati ini sudah terjilbab? Hanya Allah yang Mahatahu. Sederhananya, satu hal yang aku imani, bahwa Al-Quran adalah pedoman hidup manusia di bumi ini. Dan perintah menutup aurat telah tertulis jelas di sana jauh sebelum kita diciptakan.#Oki Setiana Dewi~

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Q.S. Al-Ahzab : 59)

Tuesday, October 30, 2012

:: Al-Quran Penenang Hatiku ::

“Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir 
Hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani”

Nyanyian lagu yang disampaikan oleh Opick ini membuatkan aku terus berfikir. Menyingkap akan dugaan dan ujian yang datang dalam kehidupan manusia. Dugaan kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai, dugaan berupa sakit dan ada juga dugaan kehilangan harta benda. Allah telah menentukan dan menetapkan setiap ujian bagi setiap manusia. Berselang seli, mewarnai kehidupan manusia.

Saat dugaan datang, ada sesetengah manusia mengggunakan medium dan cara yang salah untuk menyelesaikannya. Amat penting untuk sabar dan bertenang. Supaya caranya mudah ditemui. Supaya akhirnya kita mendapat pahala disebalik ujian itu.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Surah Al-Baqarah 2:153)


Al-Quran yang dilupakan

Menjadikan Al-Quran teman sejati dalam kehidupan. Masih ramai yang terlupa akan peranan Al-Quran sebagai kitab yang memberikan peringatan dan panduan hidup kita. Di dalamnya terdapat penyelesaian bagi semua masalah. Benarlah akan firman Allah:

“Dengan membaca Al-Quran hati-hati akan menjadi tenang”

Berapa ramai manusia yang berjaya hari ini berteraskan prinsip Al-Quran?
Mereka menjadikan Al-Quran sebagai teman, penghibur, pengubat malah sebagai ‘kekasih hati’. Kerinduan pasti datang saat tidak dapat mengalunkan kalam-kalam suci Allah yang indah. Bertapa indahnya saat Allah sedang berbicara dengan kita dengan bahasa Al-Quran. 

Dulu aku sering meninggalkan Al-Quran dalam mendepani dan menjalani kehidupan. Kadang ianya aku baca. Kadang ianya aku lupakan. Bila mempunyai waktu lapang, aku membacanya. Ketika hidup dihambat kesibukan ianya aku lupakan. Bertapa kosong hidup ini tanpa Al-Quran. Semakin aku cuba sedaya upaya mendekat pada Al-Quran, hati dan bicara ini sering kaku. Airmata sering kali menitis dan aku akan termenggu seketika. Terkadang bacaanku tersekat-sekat. Tidak dapat aku teruskan. Hanya berdoa pada Allah agar terus dibukakan pintu hatiku untuk terus mencintai Al-Quran. Sentiasa berusaha untuk memahami Al-Quran dan mengambil pengajaran dan peringatan pada kisah-kisah yang terdahulu. 

Bila menyedari ilmu Al-Quran dan agamaku masih dangkal, masih terbatas, masih cetek. Aku malu pada diriku sendiri. Ramai remaja yang masih muda mempunyai ilmu agama yang banyak dan bermanfaat kepada masyarakat. Walau masih muda, mereka hebat sekali membaca, menghafal dan memahami Al-Quran. Sedangkan aku, walaupun umur sudah semakin tua, ilmuku masih kurang. Mungkin usia mudaku telah aku sia-siakan. Melewati kehidupan tanpa sasaran dan pencapaian. 

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-‘Asr)


Al-Quran itu cahaya


Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.


Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).


Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.


Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Ibrahim 14:1-4)


Al-Quran telah diturunkan kepada seorang manusia yang Allah telah mengangkat darjatnya kepada satu darjat yang paling tinggi disisiNya. Al-Quran diturunkan buat insan bernama Muhammad saw sebagai petunjuk buat semua umat manusia di dunia ini. Mengajak manusia kepada kebenaran dan meninggalkan kebatilan. Mengajak manusia menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dan mengingatkan manusia kepada hari-hari Allah (peristiwa yang telah terjadi kepada kaum-kaum terdahulu serta nikmat dan siksaan yang dialami mereka).

Al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang akan menerangi setiap hati-hati manusia yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Ianya akan membuatkan kita sering rindu, tersentuh dan sedih saat membacanya dengan khusyuk. Al-Quran akan menguatkan ukhwah dan hati-hati manusia. 

Menyatukan kita pada satu kalimah



Suka untuk saya kongsikan tentang isi khutbahyang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal, di mana kita diseru untuk terus belajar & membaca Al-Quran. Dimanakah tujuan dan hala tuju kehidupan kita selain dari berpandukan pada Al-Quran? Jangan malu untuk belajar membaca Al-Quran dengan betul serta memahami makna Al-Quran. Tidak kiralah usia muda ataupun tua. Kita adalah sama di sis Allah. Hanya amal yang membezakan.

~Kita akan rasakan manisnya bila Allah selalu berbicara dengan kita dalam bahasa yang begitu indah. Bahasa Al-Quran~



Monday, August 13, 2012

:: Sky is open, Allah is calling ::


Menantikan malam yang menjanjikan ganjaran dan kebahagiaan.

Malam yang tiada bandingan dari seribu malam.

Apakah persiapan diri? Bersediakah untuk satu pembebasan?

Sepertinya hati ini terganggu. Fikiran terus memikirkan apakah yang telah diberikan sepanjang bulan barakah ini? 

Adakah ini persembahan yang terbaik untuk Sang Pencipta, Raja segala Raja?

Sudah cukupkah hanya sekadar berpuasa, solat sunat tarawih dan berada di majlis ilmu? Bertambahkah amalan sesuai usia yang semakin meningkat? Atau hanya amalan ini sekadar seperti budak sekolah yang baru hendak belajar solat.

Hati terus bermain dengan persoalan. 

Lailatul Qadar.

“Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian. 

30 hari yang terlalu panjang itu mungkin berat untuk sebuah pencarian. Justeru Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar Lailatul Qadar yang tidak pasti itu pada malam-malam 10 yang terakhir. Lantaran ia hadir pada malam-malam yang tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Malam Lailatul Qadar.
Kesungguhan itulah pelengkap proses Taqwa.”
– kata-kata dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis yang aku kagumi tulisannya.

Kata Allah dalam Surah Al-Qadr (ayat 1-5):

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. 
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Penantian malam ini tidak sehebat penantian ‘Syawal’ bagi setengah manusia. Manusia akan sibuk untuk persiapan Raya yang semakin dekat hingga lupa bahawa ramadhan semakin meninggalkan kita dengan ‘hadiah percuma’ dari Allah di akhir ramadhan. 

‘Ya Allah jauhilah aku menjadi orang-orang yang lalai dan mensia-siakan ramadhan Mu.’

Amatlah rugi andai kita mensia-siakan ramadhan ini dengan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat. Pada perkara-perkara yang lagha dan merosakkan IMAN & TAQWA. 

Sepuluh yang terakhir ini adalah PERJUANGAN menuntut KEBEBASAN. 
Sepuluh yang terakhir ini adalah KESEDIHAN atas pemergian Nya tidak lama lagi.

Kita menghampiri pada pengakhiran dalam menuntut sebuah pembebasan. Bebas dari mengawal diri dalam menyatakan dan menepikan segala kehendak dan kemahuan diri. Berani berkata TIDAK pada keinginan yang tidak perlu. 

Bertapa besar ganjaran pahala yang Allah kurniakan kepada mereka yang memanfaatkan sepuluh malam yang terakhir ini. Langit terbuka luas, pintu rahmat dibuka tanpa halangan dan doa dimakbulkan. Itu janji Allah.

Allah is Calling us. 

Mari kita memberikan persembahan yang terbaik kepada Pencipta kita ‘Rabbul Jalil’. Persembahan yang ‘high class’ untuk kita menjadi hamba Nya yang tunduk dan patuh. Semoga Allah sentiasa memandang kita dengan pandangan yang mulia.

‘Ya Rabb, ampuni segala dosa-dosaku dan dosa-dosa saudara-saudaraku, umat Islam seluruhnya. Jadikan kami hamba Mu yang tunduk patuh pada perintah Mu, kasihanilah kami yang selalu menzalimi diri kami. Sesungguhnya tanpa Mu kami bukan siapa-siapa. Hanya hamba yang kerdil..’


Monday, July 9, 2012

:: Istikharah Cinta, Pencarian Cinta Tanpa Kesudahan ::



Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Ya Allah..
Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..


* dipetik dari website pakarcinta.com

Friday, June 22, 2012

:: Tiada Duka, Seindah Syurga ::


Bukan mudah menjalani
Setiap yang sukar
Ranjaunya panjang 
Menuntut kesabaran
Dibenci malah dimaki
Oleh manusia yang punya hati
Punya anugerah tertinggi
Dinamakan akal
Tergamak mereka
Mengguris hati yang suci

Hati luruh  
Seperti gugurnya daun
Yang sudah tiba waktunya
Menyembah bumi
Walau perit menanggung derita
Pasti luka itu bisa terubat

Tidak tertanding luka
Yang ditanggung Nabi yang tercinta
Muhammad Rasulullah
Berjuang menegakkan Islam
Dalam kudrat seorang manusia
Agama didukung
Islam tersanjung

Binalah semangat
Di atas perjuangan Rasulullah
Walau dalam nafas terakhir
Kerana Islam itu
Sungguh indah
Seindah syurga yang menanti

Wednesday, June 13, 2012

:: Bahagia ::

Aku bahagia
Menjalani kehidupan ini
Indah kerana mengingati-Mu
Dalam setiap nafasku
Seindah taqwa
Buat orang-orang yang beriman

Ketenangan ini 
Buat aku sering menangis
Semakin dalam cinta ini
Semakin aku lemas dalam keredhaan
Atas kesunyian tanpa kasih dan cinta-Mu

Bertapa rugi mereka yang berpaling dari-Mu
Kerana hangatnya kasih-Mu 
Tiada tandingan di dunia ini

Aku cemburu melihat mereka yang sangat mencintai-MU
Aku terasa kerdil dalam ilmu-Mu yang luas
Aku terasa hina atas pengampunan-Mu tanpa batas
Aku rebah dalam kalam-Mu yang indah

Tetapkan hati ini
Untuk terus berjuang
Berjuang untuk menjadi mukmin sejati
Agar matiku kelak
Akan membawaku ke syurga-Mu
InsyaAllah


Monday, May 28, 2012

:: Salam Hari Lahir ::

Pantas waktu berlalu mengiringi pantasnya peningkatan usia. Tanpa sedar, usia makin menginjak naik mengikut putaran masa. Tahun demi tahun, bulan demi bulan dan hari demi hari. Semuanya berjalan mengikut putaran yang telah ditetapkan. Ini semua adalah bukti kebesaran Allah. 

‘Dan satu tanda kebesaran Allah bagi mereka adalah malam; kami tinggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan.’
‘Dan matahari berjalan pada tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.’ 
‘Dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.’
‘Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.’ (Surah Yasin, ayat: 37-40) 

Apa yang sudah kita capai sepanjang waktu ini? Adakah dengan peningkatan usia, maka bertambah jua ilmu. Adakah dengan peningkatan usia, maka bertambah dalam juga cinta kita pada Rabb yang satu. Bersediakah kita dengan ‘bekal’ untuk meniti kehidupan yang lebih kekal abadi di sana?
Semua soalan ini adalah ditujukan untuk diriku. Pasti setiap soalan-soalan ini menanti debar di dada. Dan pasti jua tiada jawapan yang boleh aku pastikan. Ini kerana setiap waktu dalam kehidupan ini adalah perjuangan yang tidak akan pernah berhenti untuk terus menambah ilmu. Juga kehidupanku ini tidak pernah berhenti untuk terus mendapatkan cinta Mu Ya Rabb. Dan aku sedar masih belum banyak bekal untuk aku bawa bersama dalam meniti kehidupan yang kekal abadi.

Aku malu ketika menadah tangan, meminta terlalu banyak pada Mu. Meminta Kau berikan aku usia yang panjang, kesihatan yang baik dan kebahagian yang sejati. Sedang diri ini terlalu kurang memberi pada Mu. Terkadang diri ini lalai dan leka atas kehidupan dunia yang semakin mencabar. Kesibukan yang menuntut terlalu banyak kesabaran. Maafkan aku atas kedhaifan diri ini. Jangan Kau jauhkan ‘pandangan Mu’ dariku  kerana rasa cinta ini semakin dalam aku baja hanya untuk Mu Ya Rabb. Hanya Kau yang selayaknya tempat untuk aku berikan cinta ini.
   
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yakni umur yang panjang, rezeki yang halal, kesihatan yang baik dan kebahagiaan kehidupan bersama keluarga dan orang-orang baik yang kau kurniakan berada bersama dalam kehidupanku. 

Terima kasih juga Ya Allah atas ujian-ujian yang Kau berikan yang telah banyak mendidik aku untuk menjadi insan yang lebih baik, tabah serta sabar. Demikianlah kata Mu di dalam Al-Quran:- 

‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Nya lah kami kembali).’ (Surah Al-Baqarah, ayat: 155-156)

‘Tidak! Barangsiapa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhan Nya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.’ (Surah Al-Baqarah, ayat: 112)

Semoga aku sentiasa berada dalam lindungan Mu dan rahmat Mu. Salam Hari Lahir..

Wednesday, May 16, 2012

:: Her Talk Always Touched My Heart ::

Struggle to become better Muslim

What is our purpose of life?
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Adh-Dhariyat, Ayat : 56)

Who are the Mukmin?
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (Surah Al-Mu'minun, Ayat : 1-5)


 
Especially For Women. Read the Quran Surah An-Nur & Al-Ahzab for women. 

Which verses in the Quran asked us (women) to covered the 'aurat'?
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur, Ayat : 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab, Ayat : 59)

Tuesday, April 10, 2012

:: Biar Miskin Dunia, Asal Kaya Akhirat ::

Pagi ini aku menerima email dari seorang teman yang berkongsi kisah tentang Kelantan. Memang tidak dinafikan suasana ini berlaku di Kelantan. Hatiku sangat tersentuh melihatkan gambar-gambar yang menunjukkan bertapa tawwaduk dan sederhananya seorang 'Menteri Besar'. Tiada beza antara satu manusia dengan manusia yang lain. Hanya amal-amal soleh yang akan dinilai oleh Allah s.w.t.

Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat.

Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah di bumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

Tawwaduk seorang ulamak

Islam di Kelantan

Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah

Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan

Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran

Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq. Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau

Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!



Mereka tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan. Bahkan mereka kaya ! Kaya akhirat

Terima kasih kepada penulis & photographer yang mengirim artikel & gambar ini.



Friday, April 6, 2012

:: Hidup Seindah Ujian ::


Indah hidup ku seindah ujian ku
Menerima dan menjalani semuanya
Indah dalam lindungan Mu Tuhan
Indah jua dalam rahmat Mu

Aku bahagia Engkau masih tetap ada
Di kala aku sentiasa memerlukan
Di kala aku sedih dan menangis
Mengenangkan dosa-dosa ku

Aku rindu pada mahligai Mu nan Indah
Tenang dan damai di dalamnya
Setenang tahajjud di penghujung malam
Hati ku luruh saat ayat-ayat Mu berkumandang
Bergema di seluruh sudut hati ku

Aku mahu jadi muslimah yang taat pada Mu
Aku mahu seperti Khadijah yang setia pada Rasulullah
Aku mahu jadi Fatimah yang taat pada Rasulullah ayahnya
Aku juga mahu jadi Aishah yang sangat memahami akan Rasulullah

Aku mahu jadi solehah
Aku tahu ketika aku berjalan menuju ke arah-Mu
Kau pasti berlari ke arahku
Bantulah hambamu yang tertatih-tatih ke arah-Mu

Friday, March 16, 2012

:: Kelantan Seindah Namamu ::

Pandangan mata tak pernah menipu, pandangan hati merasai bertapa indahnya negeri ini. Keredupan, ketenangan dan keindahan negerinya membuat aku terpegun. Aku seperti berada di Mekah, negeri yang kaya dengan pengisian ilmu dan jugak ceramah-ceramah agama. Dihuni oleh kebanyakan kelompok melayu Islam. Kedatanganku membawa niat untuk mengisi diri dengan pengisian yang bermanfaat untuk rohaniku yang dahagakan ilmu Allah. Semuanya dapat aku rasa melalui puisi ini.

Di karang oleh Oki Setiana Dewi sewaktu berada di Kelantan. Dia sendiri merasakan dan menyaksikan keindahan Negeri Kelantan ini. Semoga aku berkesempatan lagi untuk ke sana. InsyaAllah.



Thursday, March 1, 2012

:: Delisa sayang Ummi kerana Allah ::

Penghasilan filem yang berkualiti seiring manfaat yang dapat diambil dan kesan yang ditinggalkan amat penting. Memang tidak banyak karya-karya yang dihasilkan untuk mendidik penonton untuk mencintai Allah Pencipta Teragong juga mempelajari solat sebagai cara untuk kita bersyukur.

Sekali lagi aku memang teruja mahu menonton karya bercorak Islam yang dihasilkan oleh sutradara dari Indonesia. Sebagaimana hati terus terpahat dan terkesan pada cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih’. Perjuangan dakwah yang memerlukan usaha yang berterusan dan tidak mengenal putus asa.

Hafalan Shalat Delisa cerita yang sarat dengan pesanan dan pengajaran untuk diambil dan dihayati. Delisa masih terlalu muda untuk menghadapi ujian yang sangat besar. Kehilangan orang-orang yang tersayang, ibu, kakak serta sahabat karib dalam sekelip mata dalam kejadian tsunami – musibah terbesar mengubah keseluruhan hidupnya. Namun Allah berikan dia kekuatan yang luar biasa. Hafalan Shalat Delisa meninggalkan banyak pengajaran untuk kita fikirkan,

1. Kasih seorang anak mencintai dan menyayangi ummi dan abinya kerana Allah. Bagaimana seorang anak selepas solatnya memeluk ibunya sambil berkata, ‘Ummi, Delisa sayang Ummi kerana Allah.’

2. Setiap perkara ibadat ataupun perkara-perkara baik yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah bukan mengharapkan hadiah atau balasan.

3. Bagaimana untuk kita mengikhlaskan setiap apa yang telah Allah tentukan buat kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Bukan hanya ketentuan dalam soal kebaikan tetapi juga ketentuan yang berupa musibah dan ujian dari Allah.

4. Amat kurang ibu bapa yang mendidik dan mengajar anaknya untuk bersolat. Malah tidak ramai ibu bapa yang memberikan sokong kepada anak-anak untuk mencintai dan mengenal Allah melalui solat. Bagaimana solat itu dapat mengajar anak-anak berfikir kenapa mereka bersolat? Untuk siapa mereka bersolat? Dan untuk apa mereka bersolat?

5. Bertapa besarnya kasih seorang ibu kepada anaknya. Mendidik dengan penuh rasa lemah lembut dan perhatian kepada perasaan anak-anaknya. Memujuk dan menggunakan ucapan yang paling lembut untuk menjaga hati mereka. Bertapa penting asuhan dan didikan dalam suasana yang penuh belaian kasih sayang dan didikan agama supaya terlahirnya anak-anak yang dapat berfikir dan memahami hikmah di sebalik setiap rencana dalam kehidupan.



Wednesday, February 29, 2012

:: Terima Kasih Sahabat, Saya Teruja! ::


Sahabat, kau selalu buat aku tersenyum dan tersentuh dengan semua kejutan yang kau adakan. Terkadang tidak pernah aku bayangkan. Membuat kejutan pada benda yang selama ini aku mahu miliki. Aku senang bila impian dan kemahuan itu tercapai.

Tidak pernah aku fikirkan aku akan memilikinya dalam waktu terdekat ini. Usaha yang ditunjukkan membuatkan aku sangat terharu. Memang saya senyum sampai telinga bila baca entri awak dan gambarnya sekali. Saya teruja sekali. Terima kasih juga pada temannya yang berusaha dan tolong membelikan buku ini untuk saya.

Terima kasih sekali lagi buat hadiah ini.

Maaf, kerana tidak dapat datang waktu itu. Tapi, tidak sabar sebenarnya untuk menerima dan membacanya. Bila mahu jumpa? Nanti saya belanja ayam goreng MCD-kegemaran awak. Boleh? Hihi.....

Tuesday, February 14, 2012

:: Insan Baru ::

Allahhuakhbar

Subhanallah

Alhamdulillah

Segala pujian pada yang selayak-layaknya Tuhan Pencipta alam. Hanya DIA sebaik-baik Pelindung dan Pembimbing bagi hati ini. Tidak ada yang dapat menandingi kebesaran Nya dan kekuasaan Nya.

Mengenali dan menerima yang baru dalam kehidupan adalah hadiah dari yang Maha Esa buat peneman perjalanan. Sungguh besar nikmat Allah buat setiap insan. Kehadiran insan-insan baru yang baik dan beriman ini menghiasi kehidupan dan memberikan makna yang cukup besar.

Saling melengkapi akan kekurangan yang ada dan melalui detik-detik kehidupan bersama. Sesungguhnya nikmat itu menundukkan rasa sebagai hamba yang penuh dengan kekurangan. Kedatangan insan-insan baik ini sebagai penyeri dan pemanis di samping peringatan yang hidup di dunia ini perlu saling melengkapi dan memerlukan.

Semoga kehidupan anda juga diserikan dengan insan-insan baik dan bertaqwa.

Syukran Ya Allah..


Saturday, January 21, 2012

:: Penawar Musibah, Pasti Manis Kemudiannya ::

Tiada siapa yang mahu ditimpakan musibah dan didatangkan ujian dalam kehidupannya. Namun selagi kita bergelar manusia, pasti ujian akan mendatangi kita. Penting buat manusia untuk mengetahui bahawa setiap ujian itu diberikan oleh Allah untuk menguji sejauh mana ketaqwaan dan keimanan kita seperti di dalam hadis:

"Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan” – Al-Bukhari dan Muslim

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : "Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38).

Kemanisan ujian akan kita rasai sekiranya kita mengerti dan sentiasa berusaha untuk memikirkan hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui RAHSIA & HIKMAH di sebalik setiap ujian dan musibah yang berlaku.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

Mintalah pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah swt, kerana sebaik-baik pelindung adalah hanya kepada Allah swt sahaja. Bertawakal dan berserah kepada Allah, pasti besar ganjaran dan pahalanya.


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا . وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ . وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ . إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ . قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
”…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [Al-Thalaq 65: 2-3]

Sunday, January 8, 2012

:: Benar, kita manusia yang punya hati dan perasaan ::

Benar, kita manusia yang punya hati dan juga perasaan.
Tidak bisa lari daripada merasa gembira, cinta, sedih dan duka.
Semuanya anugerah dari Sang Pencipta yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Tidak salah untuk menyatakan semua yang kita rasa. Tidak salah juga berkongsi setiap rasa itu. Kerana apa yang kita rasa tidak pernah menipu pemiliknya.

Tapi ada yang terkadang lupa, setiap rasa dan perasaan yang datang itu adalah dugaan bagi menentukan kekuatan diri sendiri. Mendepani setiapnya menuntut kesabaran yang besar.

Rasa sedih dan duka akan mendekatkan kita pada Pencipta yang satu. Menangisi pada ujian yang diturunkan pada kita. Meminta,meratap dan merayu agar ujian itu diangkat oleh Allah.

Ada juga manusia yang mana, bila Allah datangkan rasa sayang dan cinta padanya dia terlupa. Bertindak melebihi aturan Sang Pencipta pemilik CINTA ABADI tanpa memikirkan kesan pada tindakannya. Manusia mementingkan diri sendiri dan beranggapan cinta itu harus dinyatakan.

Mengapa harus ada manusia sebegini? Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita bahawa apa jua yang sedang kita hadapi kini adalah kehendak dan urusan dari Allah Taala. Jangan melawani takdir. Haruslah kita menghormati setiap pendirian dan keputusan manusia dalam menerima cinta.

Mengapa harus ditakutkan manusia dengan rasa cinta yang tidak berbalas?

Berpijaklah pada kenyataan walaupun pahit untuk menerimanya. Cinta tidak semestinya dimiliki. Terkadang, melihat orang lain bahagia dengan cinta, kita harus bersyukur. Bukan hanya cinta pada manusia akan membuat kita bahagia.

Monday, January 2, 2012

:: Oki Setiana Dewi ::

Sebagai entri pembuka 2012, aku kongsikan kehidupan pemilik nama Oki Setiana Dewi. Peribadinya, Oki telah menarik aku untuk terus mengenalinya bukan hanya sebagai artis tetapi sebagai wanita muslimah yang sukar dicari kini. Semoga dia menjadi inspirasi buat semua sahabat muslimah.


Sejak kecil cita-citanya memang menjadi artis. Setiap akhir pekan ia menebar berpuluh-puluh curriculum vitae ke berbagai agency, ikut casting sana-sini, dan tak segan berperan sebagai figuran yang hanya terlihat bagian kaki atau punggung saja. Semua ia lakoni demi obsesi menjadi artis. Usaha tak kenal lelah itu kemudian berbuah manis. Tawaran berakting datang silih berganti. Namun, saat bakat aktingnya mulai dilirik para sutradara, justru kala itu juga ia seakan ‘membuang’ kesempatan emas mewujudkan obsesinya. Mimpi menjadi artis perlahan menjauh seiring keputusan Oki mengenakan jilbab.

Menginjak usia 15 tahun, Oki yang merantau dari Batam ke Jakarta seorang diri memutuskan menjalankan perintah agama yaitu memakai jilbab. Menutup aurat dilakukan mahasiswi Sastra Belanda Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya (FIB) Universitas Indonesia ini demi menjadi anak salehah yang doanya didengar Allah SWT. Oki yang terpukul berat saat mengetahui ibunya menderita penyakit langka, tak henti-hentinya berdoa demi kesembuhan sang ibu. “Bismillah..aku berjilbab! Semoga dengan jilbab ini aku bisa menjadi anak salehah, dan doaku didengar oleh-Mu untuk memberi kesembuhan kepada ia yang paling kucintai….” Itulah niat yang mengawali lembaran baru dalam hidupnya.

Bukan hal mudah menjalankan keputusan besar itu. Godaan dari dalam diri maupun dari luar terus berdatangan. Oki kerap masih tergiur baju-baju modis yang memperlihatkan lekuk tubuh. Sedangkan godaan dari luar, seabrek tawaran peran utama yang telah lama ia nantikan, sontak berdatang­an. Tapi syaratnya, dara kelahiran 13 Januari 1989 ini harus menanggalkan jilbabnya. Dengan tegas ia menolak! Lantas, apa tanggapan mereka terhadap penolakannya? “Kamu ini belum terkenal saja sudah sombong sekali. Begitu banyak orang menginginkan peran itu, kamu malah menolaknya! Kamu lupa dengan perjuangan kamu selama ini? Dengan jilbab, kamu tidak akan pernah bisa jadi apa-apa!” Tapi tekadnya sudah bulat. Cercaan itu tak menghalanginya untuk tetap berjilbab.

Bagi Oki, kini sudah ada furqan (batasan) yang jelas apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh. Oki adalah tipe wanita yang gigih dan tekun dalam menjalankan semua hal yang menjadi tanggung jawabnya, seperti akademik dan karier. Prestasi akademik anak pertama dari tiga bersaudara ini terbilang cemerlang. Ia kerap mendapat indeks prestasi di atas 3,5.


KAMPUS
Siang itu, menjelang pukul 11.30 WIB di kantin kampus yang menjadi tempat janjian, Oki menghampiri saya. Berbalut busana serba hijau dan wajah tanpa make-up, Oki terlihat manis dan natural. Lalu ia mengajak ke tempat lain lantaran tidak menyukai tempat ramai. Perpustakaan pun menjadi pilihan paling tepat.

Kami menuju sebuah meja di sebuah sudut perpustakaan FIB. “Sudut ini tempat favorit saya. Saya membaca, menulis, mengerjakan tugas kuliah di sini. Saya tidak suka tempat ramai. Pilihan lainnya di mushala,” jelas Oki. Membaca baginya adalah sebuah keharusan. Membaca ibarat membuka jendela dunia. Dia pun gemar menulis. “Menulis saya lakukan setiap hari di buku diary. Saya ingin berbagi sesuatu yang mungkin bermanfaat untuk orang lain, selain pengingat bagi saya sendiri,” papar dara yang telah menetaskan sebuah buku berjudul Melukis Pelangi. Buku yang belum genap setahun diluncurkan itu kini menjadi best seller dan telah tiga kali cetak ulang.

Oki berharap bisa terus menulis. Baginya, menulis merupakan pekerjaan yang kondusif untuk perempuan terutama yang sudah menikah dan mempunyai anak. Karena, menjadi penulis tidak harus keluar rumah, bisa dilakukan sambil mengurus anak, dan tidak banyak menyita waktu. Waktu menunjukkan pukul 14.00 WIB pertanda Oki harus pulang ke kost yang terletak tak jauh dari kampus. Sesampai di sana, saya terkejut. Gambaran seorang artis dengan citra gla­mor sama sekali tak terlihat. Kamar kost Oki berukuran sekitar 3×5 meter dengan perabot minimalis dan kondisi tidak terlalu rapi, tipikal kebanyakan anak kost. Kesibukan Oki yang padat membuatnya tak punya waktu merapikan kamar secara rutin. Saat itu saja, Oki sudah harus bersiap-siap untuk syuting sinetron terbarunya. Belum lagi, setiap akhir pekan saat break syuting, Oki sibuk menjadi pembicara di berbagai kampus dan sekolah untuk sharing seputar dunia kemuslimahan dan kemahasiswaan, juga acara bedah buku.

Di kamar kost nan mungil itu, berbagai kisah terekam. Termasuk kisah pilu saat Oki pertama kali mengetahui ibunya menderita penyakit langka yang belum ada obatnya. Di kamar itu pula ia menangis saat rindu keluarga, saat putus asa akan impiannya menaklukkan ibukota, dan saat dia merasakan suka cita. Cukup lama saya memandangi setiap detail isi kamar tersebut. Mulai dari lemari pakaian yang dipenuhi busana gamis beragam warna dan model, lalu rak buku yang dipenuhi ‘penghuninya’. Kemudian mata saya beralih ke ranjang yang dihiasi bantal dan boneka, serta tak ketinggalan laptop yang setia sebagai ‘penampung’ inspirasinya. Tak berselang lama, ibunda Oki, Yunifah Lismawati tiba. Ibunda Oki memang kerap bolak-balik Batam-Depok guna menjalani perawatan medis di rumah sakit yang letaknya tak jauh dari kost Oki. Senyum ramah dan sapaan akrab dilontarkannya kepada semua yang ada di sana. Wajah ibu lebih ceria dan sehat dibanding sebelumnya, begitu pengakuan Oki.


NIKAH MUDA
Sekitar pukul 16.00 WIB, Oki dijemput menuju lokasi syuting di Yayasan Dharmais, Jalan Raya Cibinong, Bogor. Sambil merias wajah – ia memakai make up hanya untuk keperluan syuting atau acara tertentu saja – Oki menjawab rentetan pertanyaan yang saya ajukan.

Sudah ada rencana menikah?
Saya termasuk perempuan yang ingin nikah muda. Waktu umur 20 tahun, saya pernah bilang ke keluarga soal keinginan ini tapi malah ditertawakan papa, ma
ma dan adik-adik. Katanya, mau menikah dengan siapa, jodohnya aja belum ada.

Saat ini sedang dekat dengan siapa?
Nggak ada. Sampai sekarang saya masih sendiri. Saya masih menunggu seseorang yang Allah pilihkan. Seseorang yang menurut saya mampu mendidik dan membimbing untuk terus mencintai Allah.

Memang sudah ada persiapan menikah muda?
Iya. Sejak umur 18 tahun saya sudah mengoleksi buku tentang pernikahan dan semuanya sudah selesai saya baca.

Pria idaman Anda?
Seperti yang dikatakan Rasulullah SAW, jika kamu memilih pasangan maka ada empat syarat. Pertama yang baik agamanya, selanjutnya fisik, harta dan keturunannya. Untuk spesifiknya, saya membutuhkan pria yang pintar dalam arti memiliki pemahaman agama yang baik supaya bisa membimbing saya dan keluarga.
Jadi suami saya ya guru saya dan anak-anak saya nanti karena saya suka sekali bertanya dan selalu ingin tahu.

Pendapat Anda tentang pa­caran?
Pengenalan diri sebelum menikah dengan pacaran, bagi saya, bukan hal utama. Sebab dalam Islam ada yang namanya proses perkenalan atau taaruf. Biasanya direkomendasikan oleh orangtua atau orang yang dikenal baik yang tahu mana yang baik buat kita. Tapi tetap harus yang saya suka karena dalam Islam tidak ada paksaan.

Ingin punya anak berapa setelah menikah nanti?
Saya ingin memiliki tiga anak. Sebenarnya keinginan itu sudah berubah seiring waktu. Dulu pengennya tujuh, terus berkurang lima dan berkurang lagi jadi tiga setelah mendengar cerita pengalaman orang lain.


AKTING
Setiba di lokasi syuting, belasan anak kecil yang tinggal di sekitar lokasi mengerubungi mobil, menunggu artis idolanya itu turun dari mobil. Apalagi tujuannya kalau tidak minta foto bareng. Cukup lama juga menunggu persiapan Oki menjelang pengambilan gambar. Sekira pukul 18.30 WIB, scene pertama Oki di hari itu mulai dilakukan. Kepiawaiannya dalam berakting tak perlu diragukan lagi, sebab sederet prestasi dalam seni peran telah dikantonginya.

Seni peran menjadi hobi atau hanya sekadar iseng?
Sejak SMP saya sudah aktif ikut teater, dilanjutkan waktu SMA dan kuliah.

Pengalaman paling berharga dalam seni peran?
Saat terpilih menjadi pemeran utama dalam acara pertandingan teater antar-jurusan di kampus. Proses audisinya tak sembarangan. Meski hanya bertaraf kampus, saya ngejalanin proses audisi yang cukup panjang dan ketat. Alhamdulillah saya akhirnya dapat peran utama. Tapi, saya tolak karena beberapa pertimbangan.

Pertama, busana sesuai skenario mengharuskan saya memakai pakaian adat Bali, itu artinya harus melepas jilbab.

Kedua, ada banyak dialog yang penuh kata-kata kotor dan saya tidak terbiasa dengan itu

Ketiga, ada adegan di mana saya harus bermesraan dengan pemeran pria.

Tapi lagi-lagi karena selembar jilbab, saya mendapat rejeki itu. Sang sutradara yang juga senior di jurusan kampus, mengubah semua naskah skenario yang dibuatnya berminggu-minggu demi mempertahankan saya sebagai pemeran utama. Kemudian, di akhir festival, diumumkan bahwa kelompok teater saya yang menjadi pemenang utama.

Dari sinilah, saya mendapat sebuah pelajaran berarti. Bahwa jika kita memiliki kualitas, orang akan membutuhkan kita. Mereka akan mengejar kita dan mengikuti apa permintaan kita. Sejak saat itu saya semakin menguatkan prinsip hidup dan semakin sayang dengan jilbab saya.

Aktor dan aktris idola?
Aktor, Lukman Sardi. Kalau aktris belum ada.

Film favorit?
Saya sebetulnya tidak begitu suka menonton film, apalagi film-film Hollywood.

TIDAK terasa jarum jam sudah menunjuk angka 03.00. Setelah menyelesaikan beberapa scene di satu lokasi, Oki pulang ke kost diantar sopir pihak produksi.

Sekitar pukul 04.00 WIB, ia tiba di kost. Sang ibu masih terlelap sesuai permintaan Oki agar ibunya tak perlu menunggu ia pulang. Apalagi keesokan hari, ibunya harus menjalani terapi.

Lelah seharian menjalani aktivitas, Oki pun langsung menuju ‘singgasana’ untuk mengistirahatkan tubuh agar esok hari bisa kembali beraktivitas.

*Artikel dari Annisa Magazine